-->
~wawa awora~

Pages

  • ~AdaKaH Aku~
Assalamualaikum~tQ visit my blog..pada yang visit sila la tinggalkan jejak anda.. supaya saya boleh menjejaki anda pula.. TQ~

About Me

My photo
wawa awora
All my life I had been looking for something, and everywhere I turned someone tried to tell me what it was. I accepted their answers too, though they were often in contradiction and even self-contradictory. I was naive. I was looking for myself and asking everyone except myself questions which I, and only I, could answer. It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with: that I am nobody but myself.
View my complete profile

Wednesday, 30 November 2011

-kau tak selalu betul-

assalamualailum kawan-kawan..


lame sudah tidak berentry.. sejak dua menjak ni macam-macam berlaku..
semakin meningkat umur.. semakin banyak perkara yang perlu di fikirkan..
lumrahkan.. mendewasakan kita..



belajar dari kesilapan.. jangan mudah menuding jari pada orang lain bila berlaku sesuatu yang di luar kawalan..
kaji dan selidik kembali penyebab berlakunya permasalahan.. jangan cepat melatah..
jangan kelam kabut.. kerana perkara sebegitulah yang menyebabkan kita hilang kawalan.. 
hilang kewarasan.. juga hilang adap dan rasa hormat pada orang lain..

bukan mudah untuk bersabarkan.. aku sendiri telah megalaminya.. 
bila ada masalah aku salahkan orang lain.. masalah tu tidak selesai-selesai juga..
kerana kita tidak selalu betul.. setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza..
bukan mudah hendak memuaskan hati kita.. apatah lagi hendak memuaskan hati orang lain..

oleh yang demikian.. berfikiran terbuka dan belajarlah menerima pendapat orang lain, dan belajarlah untuk menerima kesilapan dan kelemahan orang lain.. kita bukan manusia sempurna.. dan orang lain juga bukan tuhan yang mampu untuk membaca isi hati kita..
jika ada masalah perasaan tidak puas hati.. berbincanglah.. tegurlah.. ianya tanggungjawab kita sesama insan.. pada yang di tegur.. terimalah teguran.. jangan melenting tidak tentu hala.. Allah kurniakan akal untuk berfikir..    so,gunakanlah kurniaan Allah itu pada jalan yag benar,,



aku juga manusia biasa yang banyak kelemahan.. dan banyak melakukan kesilapan.. aku bukan insan suci yang terbaik.. tetapi aku mencuba berubah untuk menjadi yang terbaik untuk diri aku,keluarga aku.. kawan-kawan aku.. kerna aku tidak hidup sendirian di dunia ini.. aku hidup bermasyarakat.. yang pelbagai  kerenahnya,, hanya kesabaran mampu membuat aku bertahan.. 

belajarlah menerima teguran.. dan saling mengingatilah di antara satu sama lain.. hadapi realiti kehidupan dengan senyuman.. salam muhibbah.. ^^




Posted by wawa awora at 23:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 3 November 2011

-hakikatnya-

assalamualaikum..

perrrrgggggghhhhhh!!!... 
mata bagai di tiup2.. miahaha..
bantal macam memanggil..
hujan mencurah2.. uh..
sojuk... sodap tidur ni..

ishhhh~ repek2..merepek...
sebenarnya.. tiada apa2 pn.. 
saje.. nak post entry..macam dah lama pula tidak menaip..
walaupun seringkali jari jemari bertari ria dia atas keyboard..

uwaaaaa~ hakikatnya,,, banyak kerja sekolah.. 
asaiment yang di tangguh makin bergunung-ganang..
dan hakikatnya...deathLINE.. yang memang membunuh masa aku berfoya2 dengan si buaya.. miahahahaha~
mata rabak.. jiwa kopak.. poket pokai.. owhhh... kerja sekolah.. kenapa engkau begitu menghantui kehidupan sehari-harian aku??? cer jawab2... ha...

-sedang aku menaip entry ini.. di luar hujan dengan lebatnya.. teman sekelasku wiwie setia melekat kat sebelah..membaca apa yang bakal aku repekkan.. woha!!.. demmit.. malu gua.. hahahhaa ;) (kunun jerp ..hahaha) ..wiwie..wawa.. hurm... miahahhaaha~

dengan ini aku mengakhiri repekan aku dengan.. senyum2 selalu.. miahahaha~



..wiwie say..

miahahahaha........aku sudah muncul
cehh.....ntah apa2 la knun..
wawa wowowowowowwo
nomu nomu nomu cuaheyo....
*aku x pcya cinta*
paning2 ba ni....mcm wawa mngntuk sngt2.
x sbr mo balik ooooo....
hujan2 best tdo kn wa......^_^
k la....blackout sudah ni.....bil x byr..............
see nex time arrrr.......i luv u damn so muh!!!!!!!!
terbaik owh.......
ok da..

*mIsS cOkElAt WiEwIe*

ni my classmate.. dany n wiwie.. kawan cute2 gitu..hehee

Posted by wawa awora at 00:39 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 15 October 2011

'kalau suka beri tahu lah..'

assalamualaikum..



 aku baru pulang dari kelas..
rajin pula jemari menari diatas perut cheytah (laptopku) ni..

penat ,. letih..mengantuk.. segala rasa ada..tp tidak mengapalah..
menaip pun bukannya penat sangat..kan?? hehhehe

berbalik kepada tajuk.. 'kalau suka beri tahu lah..'
seandainya siapa2 diantara kamu yang ada menyimpan perasaan pada seseorang..
suka ke,sayang ke.. terjatuh hati ke.. jangan malu.. jangan segan.. beri tahu pada insan bertuah itu..
tetapi biarlah kena pada tempaat dan masanya.. ~



 "takut nanti dia tolak cinta sayalah.."
pasti ada yang berbicara begini kan.. sekadar telahan saya..
tetapi jangan sesekali takut untuk meluahkan perasaan anda..
kamu tahu kenapa?? lebih cepat kamu luah..
 lebih lega kamu rasa..
inilah yang ku alami~ hehe..

macam tidak tahu malu pula kan..haha..
tidak mengapa tebalkan muka sikit untuk kebahagiaan kita kan..
Opppss!! kalau kena refuse bahagia mendenye.. frust menonggeng lagi adalah..
jangan berfikiran begitu~

.. bukankah itu lumrah dalam kerjaya cinta-cintaan ini..
 bersabarlah andai ditolak luahan hati kamu..
patah tumbuh hilang berganti..(suka-suka hati ko je kan cakap macam itu~ wahahaha)
cedera hati pada awal pertumbuhan perasaan cinta itu tidak mengapa.. sebelum perasaan cinta itu berakar umbi dalam diri kan..~ sekurang-kurangnya jika ditolak..tidaklah terlalu parah..~
jika di bandingkan perAsaan lama yang terperap dan di tolak..  wah! Bukankah lagi parah jika begitu~ huhu;p..



mana tahu untung sabut timbul.. hehe orang yang anda minat dan sayang tu pun juga menyukai anda.. alhamdulillah~ dah dapat pasangan yang di impikan..



jika di tolak pula..bukankah banyak lagi lelaki dan perempuan di luar sana.. insyaallah.. setiap manusia telah dijanjikan pasangan untuknya bukan.. so,bersabar.. sampai masa jumpa juga pasangan masing2..
yang paling penting dalam apa jua yang anda ingin lakukan.. berfikir positif dahulu.. yang negetif2 simpan jauh2.. ok..kalau tidak cuba tidak tahu kan..~ insyaallah.. cuba lah.. 


saya juga pada mulanya ragu2 untuk meluahkan rasa suka saya pada pasangan saya.. tetapi Alhamdulillah.. Cintaku di terima..~(terima kasih b..).. so.. selamat mencuba~ hehe..



tiada yang mustahil.. jika anda terus berusaha dan terus berdoa~ 






usaha lif kejayaan~ hehe.. >.<
tapi ingatlah.. jaga lah adap dan sopan ketika bercinta~ 



jangan menghalalkan apa yang haram ..~



Posted by wawa awora at 08:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kepulangan ku Kuala Lumpur

Assalamualaikum..



Tuan Puteri sudah kembali ke kuala lumpur~..
KL I am back!!~hehe
..Sehari sudah aku sampai di KL..

..oppsss!! lama sudah rasanya tidak ber'entry' hehehe.. bukan apa..dengan kesihatan yang tidak menentu..kesibukan bekerja.. membuatkan diri tidak larat untuk mengadap lappy kesayangan.. walaupun idea mencurah-curah untuk di taip~

Alhamdulillah.. habis sudah prektikel ku di Hospital Sultan Ismail.. kembali ke kampus untuk menghadapi exam... uwaaarrrrggghhh!! nervousnye.. doakanlah yang terbaik untuk saya yer kawan2.. ;)

Rindunya aku pada katil dan bantal ku sudah terubat~
kerinduan pada rakan-rakan rumah juga sudah terlunas..
peluk cium untuk semua..
hey!!
mis kecoh sudah pulang weyh..hehehe..
macam-macam kisah dikongsi bersama..
oh! kawanku..hehe..

~situasi kepulangan ku ke KL~



KL menyambut kepulangan ku dengan hujan lebat~
alhamdulillah rahmat Allah..
sejuk rasa..
tetapi..
macam mana aku mau pulang ke pv12..??
iskhhh!!

ketika aku betul-betul sampai di pv10 (hostel)..lebih kurang pukul 12 tengah malam
tetapi aku stay di pv12(hostel juga).. lebih kurang 800meter ke 1000meter dari pv10..(xkompom sebab belum ukur pakai pita ukur..wahaha)

ketika itu hujan lebat.. boleh pula pemandu bas suruh kami turun dari bas.. sedangkan pada ketika itu hujan lebat .. aku dan rakan-rakanku seramai 28 orang dengan beg dan barang yang amat banyaknya berkeluh kesah.. bayangkan..takkkanlah mahu membawa barang-barangku berhujan..iskhh!!!~..
aku berdiri di pintu bas..berfikir mahu turun ke tidak.. hujan lebat bhai!!..
begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain..
Oh Tuhanku~ bagaimana ni..



dialog ku dengan pemandu bas:

Aku : pakcik hujan lebat ni..macam mana nak turun.. tak boleh turunkan kami dekat dengan pintu masuk ke..???

pemandu bas: itu lu orang punya pasallah.. kerja saya sudah habis.. itu orang(pihak pengurusan kolej) kata kasi turun lu orang dekat ini tempat(kawasan lapang 300meter dari pintu masuk )..lu orang turun la..saya mau balik.. penat..

sentap hati mak nak...(tiru ayat afdlin shauki).. bayangkan dalam hujan lebat dia suruh turun..uwaaa~ meraung hati beb.. nak tak nak aku turun juga dengan lappy aku.. kemudian ada kawan kelasku..payungkan aku.. alhamdulillah.. kemudian ketika aku ingin mengorak langkah dalam kebuntuan.. fairuz (housemate) yang sama bas dengan aku.. hulur payung..

dialog aku dengan kawan aku:

fairuz: wa! nah amik payung ni..barang kau mari sini aku jaga..kau pergi tahan teksi dulu..
aku: okey.. nah cheytah (nama laptop aku cheytah)
tanpa berfikir panjang aku melangkah..

aku mengorak langkah dalam 300meter untuk mendapatkan teksi.. bersama rakanku yang lain, yang tinggal di pv10.. ~ ku redah hujan yang membasahI bumi ini.. sampai sahaja aku di depan pondok guard.. ada teksi berhenti menurunkan penumpang.. alhamdullillah.. setel 1 kerja.. sudah dapat teksi.. dalam aku menunggu penumpang itu keluar dari teksi.. aku bermonolog sendiri.

'besarnya kurniaanMU Ya Allah..dalam aku kesusahan begini kau beri aku pertolongan..kau permudahkan perjalananku.. ampunkan aku Ya Allah.. kerna aku mengeluh sebentar tadi ketika aku dalam kebuntuan..'

kemudian terus aku dapatkan teksi itu dan bergerak ke arah rakanku yang sedang menunggu di tempat kami di turunkan tadi.. Alhamdulillah..hujan yang lebat mulai renyai.. aku dan 2orang rakan ku yang tinggal di pv12 memunggah barang kami masuk ke dalam teksi.. setelah barang di susun.. cukup hanya untuk 2 orang sahaja naik.. maklumlah.. barang agak banyak.. 2orang rakanku itu pergi dahulu.. ~
sedang aku tinggal keseorangan ketika itu.. pandang kiri pandang kanan ..orang sudah tiada..
tettt...tettt... menyanyi pula phone aku.. niat ingin berjalan untuk mendapatkan teksi.. nama amir blues(kawan aku) tertera di skrin..

Amir : ko kat mana..?
Aku : kat pv10 ni la.. nak balik pv12..baru sampai dari JB..
amir: ko tunggu aku,,kejap lagi aku sampai..
aku : ermm.. ok..aku tunggu kat sini..cepat sikit..


sebaik sahaja talian diputuskan
tettt...tet.. phone aku berbunyi lagi..tertera nombor kawan baikku,..
'buya'(bukan nama sebenar)

buya:wa kat mana?uya dah dekat nak sampai tapi.. bas tak nak berhenti dekat pv12..
(beliau senasib dengan ku..)

aku: tak pe..uya turun jer kat pv10 wa tggu..

waktu sudah menunjukkan jam 12.40malam..
aku melangkah kembali ke pondok guard..
Buya tiba dari Alor Setar,kedah..

dalam hujan renyai.. aku lihat beliau dari jauh.. lega hati aku.. sampai sahaja di pondok guard.. kawanku amir pun sampai.. Alhamdulillah segalanya lancar.. ~

sampai sahaja di pv12 teman serumahku (imah) yang sampai 3jam lebih awal dariku..
(dia praktikal di penang..) sudah menungguku.. sambil menyandang cheytah (laptopku).. alhamdulillah barang2ku juga selamat.. tiada1 pun yang basah..
terima kasih kawanku..

separuh daripada barangku sudah dibawa naik kerumah oleh fairuz (housemate aku yang meminta aku menahan teksi tadi).. alhamdulillah.. selamat segalanya..

'terima kasih Amir.. :)'



~setel malam kelam kabutku~

moral of the story yang aku dapat pada malam kejadian..
janganlah mengeluh bila ditimpa musibah.. kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya terkapai-kapai dalam kesusahan.. (insaf2..meraup tangan ke wajah)
janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.. ringankan tangan..ikhlaskan hati untuk membantu antara satu sama lain.. yakin dengan Allah~ Yang baik akan dibalas dengan kebaikan~
betapa besarnya jasa kawan-kawanku.. terima kasih kawan..

‘kawan ketawa ramai.. kawan yang bersusah bersama sukar nak cari.. so.. when u get the great friend like that..hargai..jangan di sakiti hatinya..’

peristiwa ini peringatan bagiku.. dan ku kongsi bersama kamu semua..buat tatapan dan buat peringatan..



~entry ni sudah lama di taip tetapi wawa mengalami masalah teknikal..hari ini baru berkesempatan nak post entry ni..*
Posted by wawa awora at 07:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 2 October 2011

Tebiat!! vs ruang dan peluang~

Assalamualaikum..

Tebiat! Memang tebiat!!



Di saat ini sebenarnya aku sdang bergelut dengan asaiment aku.. aku kene hantar asaiment petang ni.. uh!! Masak2x! moral of the story.. jangan melengah2 kan kerja anda yer..



Sengal sungguh aku.. dalam masa2 sebegini aku masih boleh menaip entry untuk blog aku.. hahaha.. nak buat macam mana idea terpacul di saat2 begini.. iskhhh~ uwaaaa~



Huhu~ work with pressure.. wahaaha.. itu bagus juga.. banyak idea yang muncul dengan tiba2.. otak dipaksa berfikir.. pagi2 bersenamlah dikau wahai otakku yang ku sayangi.. Alhamdulillah..pastinya idea itu muncul dengan izin Allah~

Masalah ini  yang ku cari sendiri..~tetapi Allah masih membantu..betapa Allah menyayangi hamba2nya..betapa kasihnya DIA pada kita hambanya2.. ini juga peringatan bagiku…agar jangan melalaikan kerja2 mu.. begitu banyak peluang dan ruang masa yang telah diberikan.. tetapi.. aku masih mengabaikan segala kerja2ku.. kejamnya aku pada diri sendiri sedangkan Allah amat menyayangi.. dan membantu aku~ arrrrgghhhh!!! (minah ni dah tension wahahaa~ masih sempat gelak lagikan..  paduhal report tu satu pun masih belum buat..hahhaa jahanam report ko wawa..)



Dalam masa2 beginilah baru ingat Allah.. astagfirullahalazim.. ampunkahlah diri ini Ya Allah~ wawa..ingatlah.. walau kita senang ..walau kita susah..ingatlah Allah sentiasa.. jangan sesekali mengabaikan Allah.. kerana Allah tidak pernah mengabaikan hamba-hambanya walau sekali pun..~ walau pun DIA member ujian dan dugaan yang maha hebatnya pada kita.. tapi DIA masih memberi kita pertolongan.. ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. kalimah ini yang selalu aku ucapkan.. tetapi.. selalu ambil ringan..~ manusia apakah aku ini.. urmmmm~(berfikir sejenak kekhilafan diri)



Di saat aku sedang bergelut begini.. aku bersyukur.. tahu kenapa??..(gilo perempuan ini kne musibah malah bersyukur??)mesti ada yang berkata begitukan.. telahan hatiku sahaja.. aku bersyukur kerana.. aku masih di beri kesempatan walau dalam aku kekusutan.. untuk mengingati DIA yang kadangkala aku abaikan..~ berdosanya aku..astagfirullahalzim.. manusia bagaimanakah aku ini.. iskh..iskh…iskh..



Alhamdulillah.. dikesempatan ini.. marilah kita sama-sama beringat.. ALLAH itu Maha mengetahui.. walau apa pun yang kita lakukan.. Allah sentiasa bersama kita.. dalam keributan aku membuat asaiment.. terdetik hati untuk menulis entry ini.. untuk sama2 kita berfikir akan kekhilafan diri..



Uh!! Lain masa lain hari.. kite jumpa lagi..(jumpa?? Gilo ke hape minah ni..) jeng jeng jeng.. jumpa di entry yang seterusnya lah.. hehehe ~ go! Go! Go! Chayokk2x!! breakfast asaimentlah nampaknya..~ 



Wink ;)

(1jam nak post entry ni..sbb line tenet slow.. uwaaaaa~) 
Posted by wawa awora at 19:02 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 30 September 2011

wow!! thanks lyssa~

Assalamualaikum..

Today.. I would like to say.. hey miz lyssa congrat!!
Sbb blog lyssa masukMajalah Remaja..



Wawa juga nak ucapkan terima kasih kat miz lyssa ni..
Sebab.. wawa banyak belajar dari lyssa..
Kalau sesiapa mahu belajar tutorial mengenai blog..
Menghedit blog.. sila la ke blog lyssa!!

-Lyssa Faizureen-  

 welcome to Lyssasecret..

tu dia lyssa.. 

thanks alot lyssa~


Posted by wawa awora at 02:20 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 25 September 2011

kuala lumpur.. senyum ..dan dia~

Indah berbalam awan petang,
Berarak di celah p pohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara..



Assalamualaikum ..

Berpantun pulak.. isskhhhhh~ hahhaa..
Bukan selalu kan.. hehe.. saat aku menaip entry ini.. roommate aku sudah sedap berdengkur..
Maklumlah esok kene bangun awal.. kerja pagi.. hospital ooo hospital.. lagi dua minggu aku posting kat Hospital Sultan Ismail ,Johor.. tidak sabar rasanya ingin pulang ke pangkuan Kuala Lumpur..
Rindu pada teman-teman kuliah.. rindu pada housemate aku yang mereng-mereng semua..

..pv12.. rinndduuuurrr..


Serius beb menjerit hati ini ingin pulang.. Rindu pada emak kat kampung.. ‘rindu pada emak ke merindu teruna hati’..ishhhkhhh.. aku rindu mak akulah..(hipokrit sudah wawa..) hehe.. tidak kisahlah rindu pada sesiapa pun kan?.. yang penting hati meronta ingin pulang ke kuala lumpur.. pulang ke pv12.. (hostel tempat penginapan di kolej) .. ingin aku menghambur air liur basiku kat katil dan tilam ku..serta tidak lupa juga pada jajard (teddy bear aku.. ) .. uwaaaaaaaa (diiringi dengan air mata.. haha).. mengada sungguh kau wawa…

my jajard..teddy bear busukk aku..uwaaa~


Tapi walau bagaimana pun keinginan pulang ke Kuala Lumpur harus aku ketepikan.. demi tanggungjawab aku pada tugas yang harus aku selesaikan.. Walaupun aku tidak meminati pekerjaanku (prektikel je pun) ini.. tapi ku lakukan dengan hati yang ikhlas.. Walau kepenatan.. ku layan kerenah client-cllient ku dengan hemah.. walau keletihan.. sentiasa ku lemparkan kemanisan senyuman ku pada mereka.. ku berharap.. senyumanku dapat mengubat kesakitan yang mereka alami..

cutekan dia senyumm.. manis.. hhehe
  

Hendak di jadikan kisah.. weeeeeeeeeee~

Hari-hari aku senyum.. hehe walaupun jiwa tangkap leleh.. walau hati ni kerunsingan..
Alhamdullillah.. berkat senyuman aku yang macam kerang busuk ni mendapat ganjaran.. ramah ku dengan client-client aku membuahkan hasil.. bukan minta dibalas jasa yang di beri tapi.. tapi murah rezkiku.. Alhamdulillah.. hampir setiap hari ada sahaja buah tangan yang dibawa pulang.. berbentuk makanan.. aku bersyukur..  tidak rugikan kalau senyum~ hehhe ;) ‘senyum tak perlu kata apa-apa’ ishhh.. laju pula bibir mendendangkan lagu senyumm.. hehe..

Tidak kisahlah dimana kita berada.. maniskanlah wajahmu dengan senyuman.. mana tau senyum-senyum tiba-tiba ada yang jatuh hati.. bukankah beruntung begitu.. hehe.. ‘untung ada yang sayang’.. hehe dialog kawan baikku.. zaty khairuddin.. hehe..  walau apa pun keadaan anda senyumlah~  senyum itu pengubat hati yang lara.. senyum itu penyeri hidup.. ~ secebis senyuman member seribu makna.. bermakna pada aku.. ~

beliau nun jaohh di sini.. ~ rantauan~


Senyum.. hhhhhhhggrrr~
Sebab senyum aku merindui seseorang yang nun jauh diperantauan..
Sebab senyum bermain perlbagai video di layar minda.. macam panggung wayang bergerak dah otak aku ini… huhu.. jatuh cintakah aku?? Uhh!! Tidakk.. hahaha hanya sekadar teringat seseorang yang begitu pemurah dengan senyuman..

Jam di laptop aku telah menunjukkan pukul 12.25am jam Malaysia.. sudah masuk 26 september 2011..
Esok aku kerrrrjjaaaa weyh… kne tidur.. banyak lagi yang aku ingin ceritakan.. anyway.. nanti aku ceritakan lagi yer pada entry-entry busuk aku yang seterusnya.. ‘seseorang di perantauan..’.. mesti korang tertanya-tanya kan siapakah beliau,…~ waiting yer..

Selamat tidur wahai teman-teman ku~  moga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya~

tidur dalam iman.. hehehe


Zzzzzzzzzz(bersama dengkuran yang maha hebatnya..hahaa)

Ooppppsss!! Lupa.. dimulai dengan pantun.. meh aku hujungi entry ini dengan pantun juga… hehehehe..
Meh.. dengarkan sekilas pantun..(jahanam bahasa.. haha)



Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta..

Hehhee…  adiiiiioooooossssss~
Posted by wawa awora at 10:01 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)






Apa yAng aku Lakukan.. jeng jeng jeng...!!

menanti cahaya mentari esok hari..Allahhuakbar!!
19 January 2014
 Online Users

we are famiLy

Blog Archive

  • ▼  2014 (1)
    • ▼  January (1)
      • TiMe
  • ►  2012 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (1)

ShoutMix chat widget
[close]

~meh click sini~

meh bace~.. tOinkk..wOinkkkk!! wOa,,

find dr.loveshop



Lilypie Breastfeeding tickers
Powered by Blogger.
Copyright@segala yang tercatat HAK MILIK DIPELIHARA WAWA OWORA