Dulu pernah sekali aku menyayanginya,dia juga menyayangiku sebagaimana aku menyayangi dia. Aku berikan kasih sayang aku untuk dia, walaupun hakikatnya kami bukan sepasang kekasih. Aku sendiri tidak tahu apa nama hubungan kami. Kekasih? Bukan, kawan? Macam bukan.. menjadi tanda tanya pada diri aku sendiri. Aku luah isi hati aku pada dia, tapi.. respon ada .. dia mengatakan dia pun sayang pada aku tapi dia tidak boleh menerima aku. Aku mula berfikir.. mengapa? Kenapa? Sebab? .. tut tet tut tet.. otak aku cuba membuat konklusinya, tapi haram.. aku sendiri pula yang pending.
Pada saat itu,mulalah aku berfikiran negative. Otak aku mula beroperasi, hati aku mula merumus tanpa mengetahui apa situasi yang sebenarnya. “mungkin aku tak sepadan dengan dia kowt.. tidak sepadan.. aku bagai gagak di rimba sedangkan dia merak kayangan.. hurm.. kalo macam tu tak apelah..” walaupun pelbagai andaian negetif berlari di minda tapi aku cuba menidakkan segalanya. Aku tidak mahu menerima kenyataan, aku tidak mahu kehilangan dia.
Dia mungkin bukan nyawa aku tapi.. sayang aku pada dia megah berdiri di hati. Dia insan yang simple tapi penuh pengertian. Dia banyak mengajarku tentang kehidupan. Di saat aku kekeliruan dia menjadi papan tanda petunjuk arah , di saat aku berduka dia pelipur lara, di saat aku memerlukan teman dia ada d sisi. Mungkin dia bukan terlalu istimewa pada aku tapi dia pelengkap hari-hari yang aku lalui. Tawa, tangis, gelak, ketawa aku bersama dengan dia. Jujur aku selesa bersama dengan dia. Aku gembira, aku bahagia.
Masih ingatkah lagi di saat kita duduk di atas batu di bawah sepohon pokok kecil, di temani tiupan bayu , deruan ombak menghempas pantai, menanti matahari terbenam, sambil memerhati gelagat kawan-kawan aku yang mereng-mereng belaka. Memori terindah dalam hidup aku. Walaupun saat itu aku dalam kekalutan jiwa, tapi aku tenang di samping kau. Kita melakar pasir, kau lukis gambar penyu, lucu.. “hahahhaa..” tapi aku suka. Aku pula melakar nama kita berdua. Walaupun tidak bersama pada dunia nyata tapi cukup bagi aku dapat meletakkan nama kita bersama walaupun akhirnya nama gabungan kita itu di rempuh ombak lalu terhapus. Mungkin ombak cemburu pada kita, biarlah ia terhapus, kerna bagi aku, kau ada dalam hati aku.
Satu persatu memori kita bersama berlari di layar minda aku. Indah, manis, cukup membahagiakan. Kau petik gitar lalu kau nyanyikan lagu untuk diriku, sangat menyentuh jiwa perempuan aku. Jujur aku cair dengan layananmu. Membuatkan sayang aku pada kau kian utuh,kian mekar. Aku bangga bergelar perempuan pada saat itu, kerana kau. Lalu aku jadikan kau sebagai inspirasi hidup aku. Kau semangat aku untuk meneruskan hidup aku yang tunggang langgang, yang berserabut penuh kekeliruan. Kau pengubat rindu aku pada seorang lelaki yang sangat- sangat aku rindui, abah aku. Walaupun bukan sepenuhnya tapi kau ubati hati ini. Mungkin kau tidak pernah tahu semua ini.
Setiap hari sayang aku pada kau kian bertambah, tanpa segan silu aku meluahkan perasaan aku.. hahahaha tapi .. jawapan kau negetif tapi kenapa? Aku sendiri tertanya-tanya. Kau refuse luahan aku tanpa sebab yang kukuh. Umur?? Cita-cita?? Perlukah itu semua menjadi ukuran. Sehingga sekarang aku tidak dapat memprogramkan alasan-alasan kau. Lalu aku bawa diri dan hati yang luruh ini jauh dari sisi kau. Agar aku tidak terlalu mengharap pada diri kau, agar aku tidak menyusahkan kau lagi, agar aku bisa belajar hidup tanpa diri kau. Tapi sehingga kini aku masih gagal mendelete kau dari hati aku.
Bertahun telah berlalu, kita masih bukan sebagai kekasih,tidak pernah sekalipun ia terjadi. Kini kita menggelarkan hubungan kita sebagai kawan. Walaupun aku sudah punya kekasih hati, dan bertukar bersilih ganti, mencari lelaki yang benar-benar boleh menggantikan diri kau, lelaki yang boleh membuat aku tidak menyebut nama kau, membuat kau tidak lagi tidur bertemankan sehelai t-shirt kau. Sifar! Sifar! Nama kau masih meniti di bibir aku, wajah kau sentiasa bermain di minda aku. Apa semua ini??? Aku benci diri aku sebegini. Merindu sesuatu yang bukan milik aku. Salahkah aku??
Aku cuba untuk belajar menerima hakikat yang aku sendiri dan dia bukan milik aku. Aku bertepuk,tapi tiada bunyi, rupa-rupanya ku tepuk sang angin. Sunyi, sepi..luruh umpama dedaunan kering di tiup sang bayu lalu jatuh ke bumi.. dan mereput lalu terhapus lah ia….
Aku memujuk hati aku sendiri..Insyaallah, segalanya akan baik. Aku doakan kau bahagia dengan insan yang kau cintai. Aku cuba memahami perkataan ‘kawan’ dalam perhubungan kita.
Terima kasih kawan.. banyak perkara yang aku pelajari daripada kau. Kau bukan insan istimewa dalam hidup aku tapi kau insan super special.. aku mula mengorak langkah. Aku cuba untuk tidak menoleh lagi. Andai ada jodoh pasti akan bersama, andai tiada jodoh sudah ketentuan DIA, pastinya yang lebih baik untuk kita berdua.
Coretan sepintas lalu di saat aku benar-benar merindui kau…
Salam sayang,
Makcik.
14 April 2011
3.30am
0 comments:
Post a Comment
~Assalamualaikum~
jempOt la comment
-Moga Allah Merahmati kamu-