assalamualailum kawan-kawan..
lame sudah tidak berentry.. sejak dua menjak ni macam-macam berlaku..
semakin meningkat umur.. semakin banyak perkara yang perlu di fikirkan..
lumrahkan.. mendewasakan kita..
belajar dari kesilapan.. jangan mudah menuding jari pada orang lain bila berlaku sesuatu yang di luar kawalan..
kaji dan selidik kembali penyebab berlakunya permasalahan.. jangan cepat melatah..
jangan kelam kabut.. kerana perkara sebegitulah yang menyebabkan kita hilang kawalan..
hilang kewarasan.. juga hilang adap dan rasa hormat pada orang lain..
bukan mudah untuk bersabarkan.. aku sendiri telah megalaminya..
bila ada masalah aku salahkan orang lain.. masalah tu tidak selesai-selesai juga..
kerana kita tidak selalu betul.. setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza..
bukan mudah hendak memuaskan hati kita.. apatah lagi hendak memuaskan hati orang lain..
oleh yang demikian.. berfikiran terbuka dan belajarlah menerima pendapat orang lain, dan belajarlah untuk menerima kesilapan dan kelemahan orang lain.. kita bukan manusia sempurna.. dan orang lain juga bukan tuhan yang mampu untuk membaca isi hati kita..
jika ada masalah perasaan tidak puas hati.. berbincanglah.. tegurlah.. ianya tanggungjawab kita sesama insan.. pada yang di tegur.. terimalah teguran.. jangan melenting tidak tentu hala.. Allah kurniakan akal untuk berfikir.. so,gunakanlah kurniaan Allah itu pada jalan yag benar,,
aku juga manusia biasa yang banyak kelemahan.. dan banyak melakukan kesilapan.. aku bukan insan suci yang terbaik.. tetapi aku mencuba berubah untuk menjadi yang terbaik untuk diri aku,keluarga aku.. kawan-kawan aku.. kerna aku tidak hidup sendirian di dunia ini.. aku hidup bermasyarakat.. yang pelbagai kerenahnya,, hanya kesabaran mampu membuat aku bertahan..
belajarlah menerima teguran.. dan saling mengingatilah di antara satu sama lain.. hadapi realiti kehidupan dengan senyuman.. salam muhibbah.. ^^