Assalamualaikum..
Tuan Puteri sudah kembali ke kuala lumpur~..
KL I am back!!~hehe
..Sehari sudah aku sampai di KL..
..oppsss!! lama sudah rasanya tidak ber'entry' hehehe.. bukan apa..dengan kesihatan yang tidak menentu..kesibukan bekerja.. membuatkan diri tidak larat untuk mengadap lappy kesayangan.. walaupun idea mencurah-curah untuk di taip~
Alhamdulillah.. habis sudah prektikel ku di Hospital Sultan Ismail.. kembali ke kampus untuk menghadapi exam... uwaaarrrrggghhh!! nervousnye.. doakanlah yang terbaik untuk saya yer kawan2.. ;)
Rindunya aku pada katil dan bantal ku sudah terubat~
kerinduan pada rakan-rakan rumah juga sudah terlunas..
peluk cium untuk semua..
hey!!
mis kecoh sudah pulang weyh..hehehe..
macam-macam kisah dikongsi bersama..
oh! kawanku..hehe..
~situasi kepulangan ku ke KL~
KL menyambut kepulangan ku dengan hujan lebat~
alhamdulillah rahmat Allah..
sejuk rasa..
tetapi..
macam mana aku mau pulang ke pv12..??
iskhhh!!
ketika aku betul-betul sampai di pv10 (hostel)..lebih kurang pukul 12 tengah malam
tetapi aku stay di pv12(hostel juga).. lebih kurang 800meter ke 1000meter dari pv10..(xkompom sebab belum ukur pakai pita ukur..wahaha)
ketika itu hujan lebat.. boleh pula pemandu bas suruh kami turun dari bas.. sedangkan pada ketika itu hujan lebat .. aku dan rakan-rakanku seramai 28 orang dengan beg dan barang yang amat banyaknya berkeluh kesah.. bayangkan..takkkanlah mahu membawa barang-barangku berhujan..iskhh!!!~..
aku berdiri di pintu bas..berfikir mahu turun ke tidak.. hujan lebat bhai!!..
begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain..
Oh Tuhanku~ bagaimana ni..
dialog ku dengan pemandu bas:
Aku : pakcik hujan lebat ni..macam mana nak turun.. tak boleh turunkan kami dekat dengan pintu masuk ke..???
pemandu bas: itu lu orang punya pasallah.. kerja saya sudah habis.. itu orang(pihak pengurusan kolej) kata kasi turun lu orang dekat ini tempat(kawasan lapang 300meter dari pintu masuk )..lu orang turun la..saya mau balik.. penat..
sentap hati mak nak...(tiru ayat afdlin shauki).. bayangkan dalam hujan lebat dia suruh turun..uwaaa~ meraung hati beb.. nak tak nak aku turun juga dengan lappy aku.. kemudian ada kawan kelasku..payungkan aku.. alhamdulillah.. kemudian ketika aku ingin mengorak langkah dalam kebuntuan.. fairuz (housemate) yang sama bas dengan aku.. hulur payung..
dialog aku dengan kawan aku:
fairuz: wa! nah amik payung ni..barang kau mari sini aku jaga..kau pergi tahan teksi dulu..
aku: okey.. nah cheytah (nama laptop aku cheytah)
tanpa berfikir panjang aku melangkah..
aku mengorak langkah dalam 300meter untuk mendapatkan teksi.. bersama rakanku yang lain, yang tinggal di pv10.. ~ ku redah hujan yang membasahI bumi ini.. sampai sahaja aku di depan pondok guard.. ada teksi berhenti menurunkan penumpang.. alhamdullillah.. setel 1 kerja.. sudah dapat teksi.. dalam aku menunggu penumpang itu keluar dari teksi.. aku bermonolog sendiri.
'besarnya kurniaanMU Ya Allah..dalam aku kesusahan begini kau beri aku pertolongan..kau permudahkan perjalananku.. ampunkan aku Ya Allah.. kerna aku mengeluh sebentar tadi ketika aku dalam kebuntuan..'
kemudian terus aku dapatkan teksi itu dan bergerak ke arah rakanku yang sedang menunggu di tempat kami di turunkan tadi.. Alhamdulillah..hujan yang lebat mulai renyai.. aku dan 2orang rakan ku yang tinggal di pv12 memunggah barang kami masuk ke dalam teksi.. setelah barang di susun.. cukup hanya untuk 2 orang sahaja naik.. maklumlah.. barang agak banyak.. 2orang rakanku itu pergi dahulu.. ~
sedang aku tinggal keseorangan ketika itu.. pandang kiri pandang kanan ..orang sudah tiada..
tettt...tettt... menyanyi pula phone aku.. niat ingin berjalan untuk mendapatkan teksi.. nama amir blues(kawan aku) tertera di skrin..
Amir : ko kat mana..?
Aku : kat pv10 ni la.. nak balik pv12..baru sampai dari JB..
amir: ko tunggu aku,,kejap lagi aku sampai..
aku : ermm.. ok..aku tunggu kat sini..cepat sikit..
sebaik sahaja talian diputuskan
tettt...tet.. phone aku berbunyi lagi..tertera nombor kawan baikku,..
'buya'(bukan nama sebenar)
buya:wa kat mana?uya dah dekat nak sampai tapi.. bas tak nak berhenti dekat pv12..
(beliau senasib dengan ku..)
aku: tak pe..uya turun jer kat pv10 wa tggu..
waktu sudah menunjukkan jam 12.40malam..
aku melangkah kembali ke pondok guard..
Buya tiba dari Alor Setar,kedah..
dalam hujan renyai.. aku lihat beliau dari jauh.. lega hati aku.. sampai sahaja di pondok guard.. kawanku amir pun sampai.. Alhamdulillah segalanya lancar.. ~
sampai sahaja di pv12 teman serumahku (imah) yang sampai 3jam lebih awal dariku..
(dia praktikal di penang..) sudah menungguku.. sambil menyandang cheytah (laptopku).. alhamdulillah barang2ku juga selamat.. tiada1 pun yang basah..
terima kasih kawanku..
separuh daripada barangku sudah dibawa naik kerumah oleh fairuz (housemate aku yang meminta aku menahan teksi tadi).. alhamdulillah.. selamat segalanya..
'terima kasih Amir.. :)'
~setel malam kelam kabutku~
moral of the story yang aku dapat pada malam kejadian..
janganlah mengeluh bila ditimpa musibah.. kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya terkapai-kapai dalam kesusahan.. (insaf2..meraup tangan ke wajah)
janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.. ringankan tangan..ikhlaskan hati untuk membantu antara satu sama lain.. yakin dengan Allah~ Yang baik akan dibalas dengan kebaikan~
betapa besarnya jasa kawan-kawanku.. terima kasih kawan..
‘kawan ketawa ramai.. kawan yang bersusah bersama sukar nak cari.. so.. when u get the great friend like that..hargai..jangan di sakiti hatinya..’
peristiwa ini peringatan bagiku.. dan ku kongsi bersama kamu semua..buat tatapan dan buat peringatan..
~entry ni sudah lama di taip tetapi wawa mengalami masalah teknikal..hari ini baru berkesempatan nak post entry ni..*
0 comments:
Post a Comment
~Assalamualaikum~
jempOt la comment
-Moga Allah Merahmati kamu-