-->
~wawa awora~

Pages

  • ~AdaKaH Aku~
Assalamualaikum~tQ visit my blog..pada yang visit sila la tinggalkan jejak anda.. supaya saya boleh menjejaki anda pula.. TQ~

About Me

My photo
wawa awora
All my life I had been looking for something, and everywhere I turned someone tried to tell me what it was. I accepted their answers too, though they were often in contradiction and even self-contradictory. I was naive. I was looking for myself and asking everyone except myself questions which I, and only I, could answer. It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with: that I am nobody but myself.
View my complete profile

Friday, 30 September 2011

wow!! thanks lyssa~

Assalamualaikum..

Today.. I would like to say.. hey miz lyssa congrat!!
Sbb blog lyssa masukMajalah Remaja..



Wawa juga nak ucapkan terima kasih kat miz lyssa ni..
Sebab.. wawa banyak belajar dari lyssa..
Kalau sesiapa mahu belajar tutorial mengenai blog..
Menghedit blog.. sila la ke blog lyssa!!

-Lyssa Faizureen-  

 welcome to Lyssasecret..

tu dia lyssa.. 

thanks alot lyssa~


Posted by wawa awora at 02:20 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 25 September 2011

kuala lumpur.. senyum ..dan dia~

Indah berbalam awan petang,
Berarak di celah p pohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara..



Assalamualaikum ..

Berpantun pulak.. isskhhhhh~ hahhaa..
Bukan selalu kan.. hehe.. saat aku menaip entry ini.. roommate aku sudah sedap berdengkur..
Maklumlah esok kene bangun awal.. kerja pagi.. hospital ooo hospital.. lagi dua minggu aku posting kat Hospital Sultan Ismail ,Johor.. tidak sabar rasanya ingin pulang ke pangkuan Kuala Lumpur..
Rindu pada teman-teman kuliah.. rindu pada housemate aku yang mereng-mereng semua..

..pv12.. rinndduuuurrr..


Serius beb menjerit hati ini ingin pulang.. Rindu pada emak kat kampung.. ‘rindu pada emak ke merindu teruna hati’..ishhhkhhh.. aku rindu mak akulah..(hipokrit sudah wawa..) hehe.. tidak kisahlah rindu pada sesiapa pun kan?.. yang penting hati meronta ingin pulang ke kuala lumpur.. pulang ke pv12.. (hostel tempat penginapan di kolej) .. ingin aku menghambur air liur basiku kat katil dan tilam ku..serta tidak lupa juga pada jajard (teddy bear aku.. ) .. uwaaaaaaaa (diiringi dengan air mata.. haha).. mengada sungguh kau wawa…

my jajard..teddy bear busukk aku..uwaaa~


Tapi walau bagaimana pun keinginan pulang ke Kuala Lumpur harus aku ketepikan.. demi tanggungjawab aku pada tugas yang harus aku selesaikan.. Walaupun aku tidak meminati pekerjaanku (prektikel je pun) ini.. tapi ku lakukan dengan hati yang ikhlas.. Walau kepenatan.. ku layan kerenah client-cllient ku dengan hemah.. walau keletihan.. sentiasa ku lemparkan kemanisan senyuman ku pada mereka.. ku berharap.. senyumanku dapat mengubat kesakitan yang mereka alami..

cutekan dia senyumm.. manis.. hhehe
  

Hendak di jadikan kisah.. weeeeeeeeeee~

Hari-hari aku senyum.. hehe walaupun jiwa tangkap leleh.. walau hati ni kerunsingan..
Alhamdullillah.. berkat senyuman aku yang macam kerang busuk ni mendapat ganjaran.. ramah ku dengan client-client aku membuahkan hasil.. bukan minta dibalas jasa yang di beri tapi.. tapi murah rezkiku.. Alhamdulillah.. hampir setiap hari ada sahaja buah tangan yang dibawa pulang.. berbentuk makanan.. aku bersyukur..  tidak rugikan kalau senyum~ hehhe ;) ‘senyum tak perlu kata apa-apa’ ishhh.. laju pula bibir mendendangkan lagu senyumm.. hehe..

Tidak kisahlah dimana kita berada.. maniskanlah wajahmu dengan senyuman.. mana tau senyum-senyum tiba-tiba ada yang jatuh hati.. bukankah beruntung begitu.. hehe.. ‘untung ada yang sayang’.. hehe dialog kawan baikku.. zaty khairuddin.. hehe..  walau apa pun keadaan anda senyumlah~  senyum itu pengubat hati yang lara.. senyum itu penyeri hidup.. ~ secebis senyuman member seribu makna.. bermakna pada aku.. ~

beliau nun jaohh di sini.. ~ rantauan~


Senyum.. hhhhhhhggrrr~
Sebab senyum aku merindui seseorang yang nun jauh diperantauan..
Sebab senyum bermain perlbagai video di layar minda.. macam panggung wayang bergerak dah otak aku ini… huhu.. jatuh cintakah aku?? Uhh!! Tidakk.. hahaha hanya sekadar teringat seseorang yang begitu pemurah dengan senyuman..

Jam di laptop aku telah menunjukkan pukul 12.25am jam Malaysia.. sudah masuk 26 september 2011..
Esok aku kerrrrjjaaaa weyh… kne tidur.. banyak lagi yang aku ingin ceritakan.. anyway.. nanti aku ceritakan lagi yer pada entry-entry busuk aku yang seterusnya.. ‘seseorang di perantauan..’.. mesti korang tertanya-tanya kan siapakah beliau,…~ waiting yer..

Selamat tidur wahai teman-teman ku~  moga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya~

tidur dalam iman.. hehehe


Zzzzzzzzzz(bersama dengkuran yang maha hebatnya..hahaa)

Ooppppsss!! Lupa.. dimulai dengan pantun.. meh aku hujungi entry ini dengan pantun juga… hehehehe..
Meh.. dengarkan sekilas pantun..(jahanam bahasa.. haha)



Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta..

Hehhee…  adiiiiioooooossssss~
Posted by wawa awora at 10:01 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 24 September 2011

i LOVe readiNg yOUR BLOg

Assalamualaikum.. pembuka bicara..
Bermulalah kisah...

Word demi word mata ini menatap.. entry demi entry aku jelajah.. dari dahulu kala sehingga kini kala.. meriah.. sanggup ignore mukabuku a.k.a facebook  gara-gara melayan entry-entry yang tersedia tertaip ..  lagi pun.. tidak perlukan tiket untuk membace entry-entry ini.. hehee.. f.o.c (free of charge)


  
Boleh pula tengah muka serius dan focus membaca ayat-ayat yang siap tersusun rapi.. dengan tiba-tiba… jeng.. jeng..jeng.. aku gelak sorang-sorang.. hahaha.. macam orang gila pun ada.. orang gila pun tak macam aku.. kemudian wajah yang tadinya gelak kembali serius dengan tiba-tiba.. penangan entry Hami Asraff.. lucu.. serius.. mix of emotion.. thanks Hami Asraff.. your blog help me a lot.. nak nak bila time stress.. tangkap leleh.. malas nak fikir laju-laju.. on laptop.. strait to Hami Asraff blog.. layan.. haha.. bila kepala sudah ringan.. sudah ada ruang-ruang positif.. barulah berfikir dengan tenang.. Alhamdullillah..
  
Lain orang lain pemikirannya.. tapi tidak salah mencubakan?? .. jika ada sumur diladang.. jemput-jemputlah menjengah blog yang aku ceritakan ini.. bagi aku menarik.. (p/s : yang tiada sumur dan ladang pun boleh intai blog tu… hehhe)

Membaca entry-entry beliau membuatkan minda berfikir.. datang perasaan keinsafan.. terdidik kesabaran.. dan dengan ini aku ingin mengumumkan..(cisss!! Macam nak buat pengumuman raya haha) aku berkongsi dengan siapa-siapa yang sudi untuk menerjah blog Hami Asraff ini.. jemput-jemputlah yer.. I like…

Habislah.. obsessss sudah dengan blog ini.. ~ hahaha.. biar obsesssss tapi Allah tetap dihati. ku sekadar berkongsi ilmu.. agar kita sama-sama sedar akan sesuatu yang telah lama kita lupai..

Antara entry beliau Hami Asraff:

- belajar dari kehidupan orang lain
- belajar menerima hamparan kenyataan
-kejayaan kita bersama

You wants more.. click here


Salam 1 malaysia!! Adioooosss~
Posted by wawa awora at 08:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 23 September 2011

-pengenbara sepi-

aku di sini sendiri..
meniti hari-hari ku..
yang aku sendiri tidak tahu
di mana penghujungnya.. 
trek joging mase aku skola menengah dolu2 (iklan jap..)

aku menghitung detik demi detik..
berapa lama lagi aku dapat bertahan..
bertahan untuk meneruskan
langkah sepi ku ini..

sinar mentari pagi ceria menyapaku..
ke lemparkn senyuman manisku buatnya..
ku berharap.. hari-hari yang seterusnya ku bakal bersinar.,
bersinar indah sepertinya..
agar aku bisa menghadapi segalanya
dengan senyuman ..
dengan kekuatan dan ketabahan yg tinggi,.
agar semangat juang ku tidak luntur..
agar aku bisa tegak berdiri di sini..
untuk meneruskan sisa-sisa kehidudpan yg tinggal..

aku hanya pengembara sepi..



 
Posted by wawa awora at 21:10 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 22 September 2011

~Love this Blog~

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share ngan korang blog pebret aku.. 
iaitu 
Hami Asraff
 punye blog!!
..kalo aku dah buka blog ni kompom.. mata fokus kat skrin.. khusyuk dok bace entry die.. sempoi...penyampaian syokk..
yang aku suka..
bila beliau berbicara tentang kehidupan..
kecekalan..
aku jumpa blog ni di kala aku sedang sangat2 down..
putus asa.. 
tekanan hidup buat aku hilang pedoman..
 tetapi..
Alhamdulillah..aku bersyukur sangat2.. 
bila aku jumpa blog ni..aku bace entry2 dia..
buat aku berfikir..
menjadikan aku orang yang lebih positif terhadap kehidupan..
 Dalam aku kekeliruan..
Allah tunjukkan aku jalan untuk aku laluinya ..
Ku bersyukur padaMU Tuhan~

walaupun aku minat penulisan beliau..tp belum pernah aku komen walau satu pun entry beliau..
bagi aku.. penulisan beliau hebat.. membawa pemikiranku ke satu tempat yang lebih tenang..
aku sangat2 berterima kasih pada beliau.. 
walaupun hakikatnya beliau tidak mengenali aku..
Semoga Allah sentiasa memberkati beliau.Amin~ 
-Hami Asraff-


Posted by wawa awora at 09:14 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

~aku hanya manusia biasa punyai kekurangan~

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."
 

 
Posted by wawa awora at 08:11 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kau dan aku (part1)

Dulu pernah sekali aku menyayanginya,dia juga menyayangiku sebagaimana aku menyayangi dia. Aku berikan kasih sayang aku untuk dia, walaupun hakikatnya kami bukan sepasang kekasih. Aku sendiri tidak tahu apa nama hubungan kami. Kekasih? Bukan, kawan? Macam bukan.. menjadi tanda tanya pada diri aku sendiri. Aku luah isi hati aku pada dia, tapi.. respon ada .. dia mengatakan dia pun sayang pada aku tapi dia tidak boleh menerima aku. Aku mula berfikir.. mengapa? Kenapa? Sebab? .. tut tet tut tet.. otak aku cuba membuat konklusinya, tapi haram.. aku sendiri pula yang pending.

Pada saat itu,mulalah aku berfikiran negative. Otak aku mula beroperasi, hati aku mula merumus tanpa mengetahui apa situasi yang sebenarnya. “mungkin aku tak sepadan dengan dia kowt.. tidak sepadan.. aku bagai gagak di rimba sedangkan dia merak kayangan.. hurm.. kalo macam tu tak apelah..” walaupun pelbagai andaian negetif berlari di minda tapi aku cuba menidakkan segalanya. Aku tidak mahu menerima kenyataan, aku tidak mahu kehilangan dia.

Dia mungkin bukan nyawa aku tapi.. sayang aku pada dia megah berdiri di hati. Dia insan yang simple tapi penuh pengertian. Dia banyak mengajarku tentang kehidupan. Di saat aku kekeliruan dia menjadi papan tanda petunjuk arah , di saat aku berduka dia pelipur lara, di saat aku memerlukan teman dia ada d sisi. Mungkin dia bukan terlalu istimewa pada aku tapi dia pelengkap hari-hari yang aku lalui. Tawa, tangis, gelak, ketawa aku bersama dengan dia. Jujur aku selesa bersama dengan dia. Aku gembira, aku bahagia.

Masih ingatkah lagi di saat kita duduk di atas batu di bawah sepohon pokok kecil, di temani tiupan bayu , deruan ombak menghempas pantai, menanti matahari terbenam, sambil memerhati gelagat kawan-kawan aku yang mereng-mereng belaka. Memori terindah dalam hidup aku. Walaupun saat itu aku dalam kekalutan jiwa, tapi aku tenang di samping kau. Kita melakar pasir, kau lukis gambar penyu, lucu.. “hahahhaa..” tapi aku suka. Aku pula melakar nama kita berdua. Walaupun tidak bersama pada dunia nyata tapi cukup bagi aku dapat meletakkan nama kita bersama walaupun akhirnya nama gabungan kita itu di rempuh ombak lalu terhapus. Mungkin ombak cemburu pada kita, biarlah ia terhapus, kerna bagi aku, kau ada dalam hati aku.
Satu persatu memori kita bersama berlari di layar minda aku. Indah, manis, cukup membahagiakan. Kau petik gitar lalu kau nyanyikan lagu untuk diriku, sangat  menyentuh jiwa perempuan aku. Jujur aku cair dengan layananmu. Membuatkan sayang aku pada kau kian utuh,kian mekar. Aku bangga bergelar  perempuan pada saat itu, kerana kau. Lalu aku jadikan kau sebagai inspirasi hidup aku. Kau semangat aku untuk meneruskan hidup aku yang tunggang langgang, yang berserabut penuh kekeliruan. Kau pengubat rindu aku pada seorang lelaki yang sangat- sangat aku rindui, abah aku. Walaupun bukan sepenuhnya tapi kau ubati hati ini. Mungkin kau tidak pernah tahu semua ini.

Setiap hari sayang aku pada kau kian bertambah, tanpa segan silu aku meluahkan perasaan aku.. hahahaha tapi .. jawapan kau negetif tapi kenapa? Aku sendiri tertanya-tanya. Kau refuse luahan aku tanpa sebab yang kukuh. Umur?? Cita-cita?? Perlukah itu semua menjadi ukuran. Sehingga sekarang aku tidak dapat memprogramkan alasan-alasan kau. Lalu aku bawa diri dan hati yang luruh ini jauh dari sisi kau. Agar aku tidak terlalu mengharap pada diri kau, agar aku tidak menyusahkan kau lagi, agar aku bisa belajar hidup tanpa diri kau. Tapi sehingga kini aku masih gagal mendelete kau dari hati aku.

Bertahun telah berlalu, kita masih bukan sebagai kekasih,tidak pernah sekalipun ia terjadi. Kini kita menggelarkan hubungan kita sebagai kawan. Walaupun aku sudah punya kekasih hati, dan bertukar bersilih ganti, mencari  lelaki yang benar-benar boleh menggantikan diri kau, lelaki yang boleh membuat aku tidak menyebut nama kau, membuat kau tidak lagi tidur bertemankan sehelai t-shirt kau. Sifar! Sifar! Nama kau masih meniti di bibir aku, wajah kau sentiasa bermain di minda aku. Apa semua ini??? Aku benci diri aku sebegini. Merindu sesuatu yang bukan milik aku. Salahkah aku??

Aku cuba untuk belajar menerima hakikat yang aku sendiri dan dia bukan milik aku. Aku bertepuk,tapi tiada bunyi, rupa-rupanya ku tepuk sang angin. Sunyi, sepi..luruh umpama dedaunan kering di tiup sang bayu lalu jatuh ke bumi.. dan mereput lalu terhapus lah ia….

 Aku memujuk hati aku sendiri..Insyaallah, segalanya akan baik. Aku doakan kau bahagia dengan insan yang kau cintai. Aku cuba memahami perkataan ‘kawan’ dalam perhubungan kita.

Terima kasih kawan.. banyak perkara yang aku pelajari daripada kau. Kau bukan insan istimewa dalam hidup aku tapi kau insan super special.. aku mula mengorak langkah. Aku cuba untuk tidak menoleh lagi. Andai ada jodoh pasti akan bersama, andai tiada jodoh sudah ketentuan DIA, pastinya yang lebih baik untuk kita berdua.

Coretan sepintas lalu di saat aku benar-benar merindui kau…

Salam sayang,
Makcik.
14 April 2011
3.30am



Posted by wawa awora at 07:11 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)






Apa yAng aku Lakukan.. jeng jeng jeng...!!

menanti cahaya mentari esok hari..Allahhuakbar!!
19 January 2014
 Online Users

we are famiLy

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ▼  September (7)
      • wow!! thanks lyssa~
      • kuala lumpur.. senyum ..dan dia~
      • i LOVe readiNg yOUR BLOg
      • -pengenbara sepi-
      • ~Love this Blog~
      • ~aku hanya manusia biasa punyai kekurangan~
      • kau dan aku (part1)
    • ►  August (1)

ShoutMix chat widget
[close]

~meh click sini~

meh bace~.. tOinkk..wOinkkkk!! wOa,,

find dr.loveshop



Lilypie Breastfeeding tickers
Powered by Blogger.
Copyright@segala yang tercatat HAK MILIK DIPELIHARA WAWA OWORA